Monday 17 June 2013

Bahaya PARABEN dan SLS


APA ITU PARABENS?
Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.
Parabens boleh didapati dalam syampu, krim pelembap, gel bercukur, gel pembersihan, pelincir peribadi dan ubat gigi, juga digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan. Contoh parabens dalam kosmetik adalah ethylparaben, butylparaben, Methylparaben, isobutylparaben dan propylparaben.

Kesan negatif daripada parabens:
  • mempercepatkan proses penuaan kulit
  •   meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
  • mengganggu sistem pembiakan lelaki


5 Fakta tentang parabens

(1)  Paraben menyerupai hormon dan ia boleh mengganggu fungsi system endoktrin anda. Ia boleh menyebabkan kerosakan kpd system badan seperti tiroid, ovary, hypothalamus dan juga sistem peranakan lelaki.

(2)  Menurut perubatan, penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal.

(3)  Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan di atas kulit. Paraben yang diambil melalui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.

(4)  Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitive, paraben akan menyebabkan reaksi alergi dan ruam kulit. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah kulit serius.

(5)  Kebanyakan produk yang mengandungi paraben biasanya turut mengandungi mineral oil, alcohol dan pewangi yang merupaka bahan yang cukup berbahaya.
Pewangi bermaksud terdapat lebih 4000 bahan kimia yang berbeza. Kebanyakannya mungkin adalah bahan toksik dan carcinogenic (bahan yg mampu mencetuskan pertumbuhan kanser).




SLS (sodium lauryl sulphate/sodium laureth sulphate)
Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit. Bahan2 ini digunakan dalam sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, sabun basuh, pencuci kereta dan sebagainya untuk menghasilkan buih.

Tapi kenapa penggunaannya meluas? Sebab ia murah.

Fakta tentang SLS:
  •  Boleh menyebabkan iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap eczema.
  •  Ia juga memberi kesan kepada mata, Kesan jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak.
  •  SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.
  •  SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser.



SAY NO TO PARABEN AND SLS!!!

1 comment: